Kelibat Terakhir Acap Dalam Rakaman Video Sebelum Hilang Terus.Apa Sebenarnya Berlaku?

Kelibat Terakhir Acap Dalam Rakaman Video Sebelum Hilang Terus.Apa Sebenarnya Berlaku?
Sudah 15 hari Muhammad Ashraf Hassan, peserta Gopeng Ultra Trail tidak ditemui. Bermacam macam spekulasi dan cerita yang keluar dan kebanyakkannya ada unsur unsur mistik.
Bermacam macam usaha juga telah dijalankan. Pihak SAR dan orang awam telah ramai datang membantu. Ustaz ustaz dan pengamal perubatan dan juga pencari paranormal (mistik) juga turut membantu tetapi setakat ini masih lagi acab tidak dijumpai.

Tumpu di kawasan Gua Tempurung

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) Mohammad Ashraf Hassan, 29, diteruskan hari ini di kawasan sekitar Gua Tempurung membabitkan 22 anggota termasuk empat pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.
Ketua Zon 1 JBPM Perak, Mohd Khairul Jamil berkata, operasi pencarian ditumpukan di kawasan sekitar Gua Tempurung membabitkan kawasan di bahagian belakang dan keseluruhan gua berkenaan.
Menurutnya, ini kali kelima operasi dijalankan di kawasan Gua Tempurung dan ia dijalankan semula di kawasan itu berdasarkan maklumat terbaru yang diterima.
“Penumpuan diberikan di kawasan Gua Tempurung untuk hari ini dan kita akan terus berusaha melakukan pencarian serta berharap mangsa dapat ditemui.
“Selain bomba, bantuan turut diperoleh daripada polis, APM (Angkatan Pertahanan Awam) dan Jabatan Hutan, bantuan sentiasa diberikan semua agensi namun yang merunsingkan masih belum ada petunjuk tepat lagi,” katanya.
Mohd Khairul berkata, pihak bomba menasihatkan sukarelawan yang sudah mendapatkan kebenaran polis untuk membantu melakukan pencarian supaya berhati-hati dan mengutamakan keselamatan.
“Selepas mendapat kebenaran polis, mereka perlu mengutamakan keselamatan kerana di dalam hutan terutamanya di pinggir hutan terdapat pelbagai binatang berbisa seperti ular dan lain-lain.
“Bomba sendiri menemui haiwan berbisa itu dan mengingatkan sukarelawan supaya sentiasa berhati-hati ketika berada di hutan,” katanya.

Kelibat Acab Kelihatan Di Dalam Rakaman Video Sebelum Dia Hilang

Seorang lelaki yang menggunakan nama Mohd Rahmat Ngadisari di dalam channel youtube beliau telah memuat naik satu rakaman video ketika beliau menyertai acara Gopeng Ultra Trail. Seperti semua sedia maklum, acara Gopeng Ultra Trail ini tempat acab hilang sampai ke hari ini masih tidak dijumpai.
Video tersebut dimuatnaik pada 24 mac 2019. Netizen yang menonton video tersebut yang nampak kelibat acab di dalam video tersebut.
Sila lihat video dibawah (kelibat acab nampak pada minit 0:25)
KOMEN NETIZEN DI YOUTUBE
rinhoney Qistina – “Nampak kelibat Acap dminit 0.25 memotong peserta lain..dmint 0.31 pn masih kelihatan baju striking,topi putih,bag biru…sianya semoga beliau dalam keadaan baik dan di temukan dlm masa terdekat ni..amin”
fascinating niceview – “aku sependapat dengan beberapa komen dibwh..aku tak masuk n tak pernah join pun tp dr video ni nampak kurangnya y jaga check point dan penunjuk arah mahupun penanda laluan..mmg bahaya la..kalau aku pun menyasar lebih2 lagi bila kita di depan sorang2”
Zulyana Zakaria – “Dalam ramai² peserta yg myertai saudara Acap n famlynya diduga Allah, Allah Maha Penyayang, Dia xkn uji hambaNya luar kemampuan hambaNya”
Semoga acab dapat dijumpai dan dipulangkan ke pangkuan keluarga beliau. Semoga dipermudahkan, Insyallah.

Catat Ulasan

0 Ulasan