Kisah Mangkuk Tingkat Serata Dunia
KIRIMAN makanan dalam mangkuk tingkat daripada tuan rumah kepada tetamu atau buah tangan ketika berkunjung ke rumah saudara-mara dan sahabat-handai antara tradisi Melayu yang diamalkan sejak zaman-berzaman.
Biarpun amalan berkenaan sebagai simbol kepada semangat persaudaraan dan tanda ingatan masih diamalkan sehingga kini, mangkuk tingkat kini digantikan dengan bekas makanan plastik yang lebih efektif.
Menariknya, sejarah mangkuk tingkat di negara ini bermula apabila British yang dikatakan membawa budaya itu ke Malaya dari India pada pertengahan 1800.
Seabad kemudian, mangkuk tingkat yang menyimpan makanan sebagai bekalan ke tempat kerja atau dalam perjalanan jauh digunakan secara meluas di seluruh Semenanjung terutama di Negeri-negeri Selat.
KEBANYAKAN ciri-ciri mangkuk tingkat mempunyai dua atau tiga tingkat walaupun terdapat versi yang lebih rumit apabila memiliki empat atau lima tingkat.
Malah, penggunaan mangkuk tingkat di India juga dikatakan menjadi asal usul kepada penciptaan bekas makanan itu di Malaysia. Bagi membangkitkan nostalgia penggunaan mangkuk tingkat, Muzium Petaling Jaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengambil inisiatif mengadakan Pameran Mangkuk Tingkat: Evolusi Seni Warisan Dunia.
Pameran yang sedang berlangsung di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya mulai 14 Mac lalu hingga 14 Julai ini turut mendokumentasikan perubahan senario penggunaan mangkuk tingkat pelbagai bentuk, saiz dan warna yang digunakan di seluruh dunia sejak ratusan tahun lalu.
Sebanyak 56 jenis mangkuk tingkat termasuk koleksi unik diperbuat daripada seramik dan rotan berjaya dikumpulkan dalam pameran itu selain setiap satunya bukan saja berfungsi sebagai bekas makanan, malah turut mencerminkan identiti sesuatu budaya.
Kurator muzium berkenaan Bonny Eddy berkata, mangkuk tingkat turut dikenali sebagai tepen dan panggilan itu berasal daripada perkataan ‘tiffin’ yang digunakan ketika era British di Tanah Melayu.
MANGKUK sia daripada kaum Peranakan Baba Nyonya.
Bekas menyimpan makanan itu digunakan secara meluas di Barat mahupun Asia Tenggara. Di Asia, penggunaan mangkuk tingkat mula dikesan di Asia Selatan sebelum tersebar luas ke India, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Singapura.
“Kebanyakan ciri-ciri mangkuk tingkat mempunyai dua atau tiga tingkat walaupun terdapat versi yang lebih rumit apabila memiliki empat atau lima tingkat. Tingkat paling bawah atau yang besar digunakan untuk menyimpan nasi atau roti.
“Bagaimanapun, di India mangkuk tingkat yang dipanggil ‘dabbas’ mencetus fenomena sendiri apabila penggunaannya secara tidak langsung mencipta satu sistem penyampaian yang kompleks tetapi cekap.
“Ini kerana bekal makanan tengah hari yang dimasak isteri di rumah akan dihantar kepada suami masing-masing di tempat kerja menerusi khidmat penghantaran. Penghantar bekal makanan ini dipanggil ‘dabbawala’ dan sangat cekap menghantar makanan tengah hari yang diisi ke dalam mangkuk tingkat ke seluruh pelosok bandar.
“Sistem khidmat penghantaran ini yang berusia lebih 125 tahun hanya beroperasi di Mumbai, malah memainkan peranan sebagai penyambung antara rumah dan tempat kerja,” katanya.
Bonny berkata, antara mangkuk tingkat dipamerkan adalah bakul sia iaitu bekas menyimpan makanan bagi Baba dan Nyonya atau lebih dikenali sebagai Peranakan di Melaka. Bakul ini juga berkait rapat dengan mangkuk tingkat yang terdapat di China kerana ciri, motif dan teknik penghasilannya amat jelas mempunyai pengaruh budaya masyarakat di negara tembok besar itu.
“Bakul sia atau sia nah bermaksud bakul kesyukuran yang mempunyai satu hingga lima ruang penyimpan makanan disusun bertingkat dalam satu bekas. Lazim didapati dalam bentuk bulat, berwarna merah dan hitam dengan hiasan emas sebagai simbol kekayaan serta kemakmuran.
“Ia sering digunakan untuk membawa makanan seperti kuih, manisan, buah-buahan, lauk-pauk atau makanan kering yang dijadikan sebagai hadiah apabila melawat kawan atau saudara, malah membawa barang perkahwinan daripada pihak pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan,” katanya.
MANGKUK tingkat diperbuat daripada seramik dengan hiasan naga dari China.
Penggunaan mangkuk tingkat di Indonesia yang dikenali sebagai ‘rantang’ pada awalnya lazim dibawa perajurit sebagai bekalan makanan ketika pergi berperang. Ia turut digunakan secara meluas oleh golongan isteri untuk menghantar makanan tengah hari kepada suami di tempat kerja. Bekas makanan bertingkat itu dibawa isteri dengan cara menjunjungnya atas kepala.
“Bagi masyarakat berketurunan Jawa pula, mereka mengamalkan tradisi bertukar masakan dengan rantang antara kerabat keluarga dan jiran terdekat. Isi makanannya lengkap dengan nasi dan lauk-pauk serta kuih-muih,” katanya.
Menurutnya, Amerika Syarikat turut mengguna pakai bekas makanan tengah hari, tetapi ia tidak bertingkat sebaliknya berbentuk kotak bertangkai atau pemegang yang dipanggil ‘lunch box’. Penggunaan kotak makanan tengah hari ini dikesan ketika peningkatan perindustrian di negara berkenaan.
Begitu juga di Jepun, bekal makanan tengah hari dalam kotak kayu dipanggil ‘bento.’ Ia diisi dengan nasi dan pelbagai hidangan sampingan berwarna-warni dalam satu bekas. Bento juga adalah bentuk seni makanan tengah hari yang dibungkus di rumah untuk dibawa ke sekolah atau tempat kerja ketika waktu rehat tengah hari.
sumber:Metro

0 Ulasan