Kulat Dinding Rumah Undang Bahaya.Ada Cara Mencegahnya

 Kulat Dinding Rumah Undang Bahaya.Ada Cara Mencegahnya


Kulat Dinding Rumah Undang Bahaya.Ada Cara Mencegahnya

Sambil guling-guling di atas katil ternampak pula tompok hitam penuh di dinding dan siling. Apa sebenarnya tompok hitam tersebut?


Kalau kamu nak tahu bila adanya tompok hitam ini dalam rumah, ia bermaksud tempat tinggal kamu sudah pun dinaiki dengan kulat.


Bila dibiarkan tompok-tompok hitam ini, ia boleh datangkan bahaya pada kesihatan kamu dan ahli keluarga terutamanya kanak-kanak.


Nak tahu lebih lanjut, baca perkongsian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah;


Oh Sebab Inilah Punca Kulat Muncul!

Fakta untuk kamu tompok-tompok hitam atau kulat di dinding atau siling terjadi apabila persekitaran di dalam atau luar rumah menjadi lembab. Terutamanya apabila ada kebocoran di bahagian atap atau paip. Malah sistem pengudaraan tidak lancar dan bersih juga boleh jadi puncanya.



Yang membimbangkan orang ramai, kulat ini bukanlah sekadar kulat kerana ia boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk pada kesihatan.


Spora Halus Boleh Buatkan Kamu Jadi…

Untuk pengetahuan kamu, kulat akan merembeskan spora halus yang boleh memberikan beberapa kesan pada kesihatan.


Antaranya adalah ia boleh menyebabkan iritasi dan keradangan pada saluran pernafasan. Lebih-lebih lagi bila kamu bernafas dalam ruangan yang penuh dengan kulat, sangat bahaya untuk paru-paru!


Kesan daripada ini, kamu boleh mengalami hidung berair dan tersumbat, bersih, batuk serta sesak nafas. Jika didedahkan secara berterusan seseorang individu boleh alami masalah kronik seperti asma.


Bagaimana Nak Cegah Kulat Dalam Rumah?

Jangan risau bila ada kulat di rumah, bukan bererti kamu perlu pindah rumah dengan segera ye. Tapi kulat-kulat tersebut boleh dicegah dengan beberapa langkah berikut:



Pastikan pengudaraan dalam ruangan rumah berjalan dengan lancar dan sesuai terutamanya di bahagian lembap dan gelap seperti tandas, dapur dan bilik.

Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar, tidak melimpah dan tidak tersumbat.

Bersihkan kulat menggunakan air dan sabun, jika masih naik boleh guna peluntur.

Ingat kalau ada tompok-tompok hitam di rumah, jangan biarkan. Bahaya pada kamu dan anak-anak kecil. Selamat beramal!

sumber:Wanista

Catat Ulasan

0 Ulasan