Kesan Air Limau Nipis Pada Yang Mengamalkan Diet Suku Suku Seperuh Separuh

Kesan Air Limau Nipis Pada Yang Mengamalkan Diet Suku Suku Seperuh Separuh
Air adalah satu bahan yang sangat penting untuk tubuh badan, antara fungsi air yang utama ialah ia mengangkut oksigen dan zat nutrisi kepada sel-sel tubuh badan dan mengankut bahan-bahan kumuh daripada sel daripada keluar dari tubuh badan kita.

Air adalah sangat penting untuk tubuh seseorang, ia mengandungi 60% pada kandungan tubuh badan kita. Namun sering kali orang bertanya air jenis apa dan bagaimana yang boleh kita minum terutamanya jika kita sedang diet atau mahu kurus?

Di Facebook Tanya Dr. Syid ada menerangkan jenis air minum apa yang boleh kita ambil dan bagaimana ia boleh membantu kita menurunkan berat badan dalam masa yang sama.

Melalui sebuah video berdurasi lebih 29 minit ia memberitahu sebenarnya air mempunyai banyak fungsi buat tubuh badan serta


“Jika kita makan di kedai makan, selalunya kita akan oder teh tarik atau milo dinasur, lebih membimbangkan jika kita order teh tarik tambah susu dan tambah gula. Jadi hari ni saya akan ceritakan sikit tentang air limau nipis agar apa yang kita minum ini boleh memberi manfaat kepada diri kita.

“Tak kiralah teh o ais limau, air sirap limau ataupun air limau ini sahaja ia sangat baik untuk tubuh badan. Seperti yang kita tahu, populasi obesiti semakin mengingkat di negara kita. Dengan mengorder beberapa minuman dengan extra gula ia akan memberi kadungan kalori yang berlebihan secara percuma buat tubuh badan kita.

“Contoh teh tarik, kalorinya dah sama dengan sepinggan nasi walhalkan ia hanya minuman dan tidak mengenyangkan. Jadi konklusinya orderlah air limau nipis kerana ia mengandungi petosium, magnesium dan kaya dengan vitamin seperti A,B,C dan D. Malah ia juga mengandungi Flemenoid di mana ia akan menghasilkan anti-oksiden dan anti-radang yang tubuh badan memerlukan terutamanya di zaman sekarang di mana virus sedang menular.” Katanya dengan begitu detail.



Malah beliau juga tidak menolak kandungan yang ada di dalam limau nipis ini sedikit sebanyak secara tidak langsung boleh membantu mencegah virus seperti Corona Virus kerana ia mengandungi Vitamin C serta antionsidan dapat membatu dari segi sistem imun
“3 biji limau nipis ini mengandungi kandungan Vitaman C yang mencukupi untuk harian kita dan diperlukan dalam tubuh badan manusia. 

Malah, ia juga mengandungi Vitamin D, untuk sistem tubuh badan. Dalam masa yang sama juga, ia mengandungi xxx untuk membasmi bakteria yang akan memberi kesan kepada tekak dan demam. Jika kita amalkan air limau nipis ni secara berterusan tanpa tambah gula insyaalah ia akan memberi kesan yang positif pada diri.


“Air limau nipis juga kaya dengan mineral yang membatu memberi kesihatan pada jantung , malah ia juga digunakan sebagai untuk menurunkan tekanan darah dan kolestrol. Ia juga akan melancarkan dan mengelakan dari saluran darah tersumbat ” Katanya lagi.


Dalam masa yang sama, beliau juga turut memberitahu air limau nipis bagus untuk mengekalkan kulit yang cantik serta mulus kerana Vitaman C yang boleh menguatkan kandungan penghasilan kologen dalam tubuh.


Malah ia air limau nipis ini juga bagus untuk menuteralkan urine asid yang tinggi dalam tubuh badan manusia. Beliau turut memberi nasihat, adalah lebih baik ambil air limau nipis dengan makanan untuk melancarkan dan merangsang pergerakan usus.


“Jika kita sendawa dan rasa asid di kerongkong, kita digalakan ambil perahan limau nipis dan segelas air suam lalu minumnya.

“Air limau nipis boleh menaikan sedikit metabolisma especially yang amalkan minum air pada waktu pagi. Caranya minum sekurang-kurangnya 15 – 30 minit sebelum ambil sebarang sarapan pagi.


“Minum air limau nipis sebelum bersenam ia akan membakar lebih 30% daripada yang tidak mengamalkannya. Ia terbukti kerana ia mengandungi lemah kalori, bayangkan sebiji limau nipis ia hanya mengandungi 11 kalori sahaja. Ia juga membantu anda untuk lebih kenyang dan awal dan juga membantu kurang serapan gula.

“ Dan satu lagi, ia mempunyai bahan Flemenoid atau antioksidan yang kita tahu boleh menurunkan tahap A.G.E yang diserap ke dalam badan.
 A.G.E ini adalah bahan-bahan yang terhasil apabila makanan anda digoreng atau di barbeque, jika di makan tanpa ada sesutau yang boleh menutrealkan nya ia akan bertukar menjadi lemak dan bertukar kepada mood simpan lemak” Jelasnya dengan lebih terperinci.

Malah dia turut memberi tips bagaimana hendak mengekalkan diet yang sihat serta berkesan kepada orang ramai dengan mengamalkan diet Suku Suku Seperuh.

Sebelum mengakhiri video tersebut beliau menasihati jangan ambil minuman dengan extra gula kerana ia tidak bagus untuk kesihatan dan akan menghilangkan semua benefit yang di maklumkan tadi.


Sumber:Tanya Dr. Syid

Catat Ulasan

0 Ulasan