Covid -19....Suami Isteri Meninggal Selang Sejam Di Itali

Covid -19....Suami Isteri Meninggal Selang Sejam Di Itali
Setia hingga hujung nyawa, sepasang warga emas di Bergamo, Itali meninggal dunia selepas menderita COVID-19 selama beberapa hari.
Menurut IBTimes (IBT), Luiga Carrara, 86 dan Severa Belotti, 82 dikuarantin di rumah mereka selama lapan hari tanpa bantuan perubatan.

Kata anak pasangan tersebut, Luca Carrara, dia turut dilarang berjumpa atau menziarahi kedua-dua ibu bapanya.

Berdasarkan laporan Daily Mail, Luca mendakwa ibu bapanya terperangkap kerana tiada doktor berhampiran. Dia dilaporkan cuba menghubungi badan kecemasan namun tiada sesiapa yang tampil memberi bantuan. Walaubagaimanapun, dia menafikan menyalahkan petugas kecemasan.

Pasangan yang telah berkahwin selama 60 tahun itu kemudiannya dibawa ke hospital Sabtu lalu sebelum disahkan meninggal dunia pada Selasa.

Pemergian mereka hanya berselang dua jam antara satu sama lain iaitu pada 9.15 pagi dan 11 pagi hari yang sama.

“Orang yang anda sayang ditinggalkan sendirian dan anda tak dapat mengucapkan selamat tinggal, memeluk dan memberi mereka sokongan,” kata Luca.

Susulan itu, dia memuatnaik ucapan selamat tinggal buat ibu bapanya.
“Hai mak, ayah, virus jahat ini dah ambil kalian pada hari yang sama. Adakah kalian akan terus bergaduh di atas sana?
“Pasti, tapi kalian akan berakhir dengan berpelukan,” tulis Luca di laman Facebook miliknya.
Tambahnya, ayahnya merupakan lelaki yang sihat dari sebarang penyakit sebelum ini.

Mayat kedua-dua ibu bapanya telah dihantar ke pusat pengurusan mayat namun didakwa belum dapat dikremasi setakat laporan semalam kerana didakwa terlalu ramai orang yang meninggal dunia.

Sumber: IBTimesDaily Mail

Catat Ulasan

0 Ulasan