Lihat Pemprosesan Teh Hijau Dan Resepi Kek Teh Hijau Beraising

Lihat Pemprosesan Teh Hijau Dan Resepi Kek Teh Hijau Beraising
Ada di antara kita yang tidak menyukai teh hijau. Ada yang kata pahit, ada yang kata kelat. Tetapi bagi mereka yang menyukainya, teh hijau sebenarnya baik untuk kesihatan. 


Pepatah Cina ada mengatakan “biar berlapar tiga hari dari sehari tidak menikmati teh hijau”. Lihat dari perumpamaan ini menunjukkan teh hijau ini mempunyai keistimewaan luar biasa, bagi masyarakat Cina.



TEH HIJAU YANG DISIMPAN BERUSIA 1000 TAHUN DI BEIJING.

Teh hijau atau lebih dikenali sebagai ‘green tea’  telah diamalkan di negara China sejak 4000 tahun dahulu. Bagi mereka, teh hijau mempunyai 1001 khasiat untuk merawat penyakit dari sakit kepala sehinggalah kemurungan.

Sebenarnya semua jenis teh adalah dari jenis pokok teh yang sama iaitu Camellia Sinensis tetapi yang membezakan produk teh adalah dari cara pemprosesannya sahaja. Terdapat tiga jenis teh yang utama iaitu teh hijau, hitam dan Oolong.


TEH HIJAU MEMPUNYAI TINGGI ZAT ANTIOKSIDAN.
Daun teh yang baru dipetik akan diwapkan untuk satu tempoh yang singkat dan proses ini menghalang daun hijau bertukar warna dan menjadi gelap atau pun mengalami penapaian.

Selepas pengewapan daun ini dikeringkan. Kandungan antioksidan iaitu polyphenols dalam teh hijau dapat dikekalkan berbanding dengan teh yang lain.

Teh hijau sangat menyihatkan apabila diminum untuk merawat barah, arthritis rheumatoid, kolesterol, penyakit kardiovaskular, jangkitan dan penurunan fungsi imun.





Selain dijadikan minuman, teh hijau  boleh divariasikan di dalam makanan. Hakikatnya, itulah sebenarnya warna hijau  semula jadi dari teh dan bukannya pewarna tambahan. Serbuk teh hijau ini boleh dibeli dalam bentuk daun, kepingan dan serbuk. Cuba resipi teh hijau ini, pasti anda menyukainya.



KEK TEH HIJAU BERAISING

BAHAN

250 gm tepung gandum

250 gm gula kastor

240 gm mentega

3 biji telur

250 gm yogurt asli

1 ¼ sudu kecil serbuk penaik

4 sudu kecil serbuk teh hijau

BAHAN AISING

140 gm gula aising

3 sudu kecil teh hijau

2 sudu besar mentega

250 gm keju krim

CARA

Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang dan gebu.
Kemudian masukkan telur dan pukul sekata.

Ayakkan tepung bersama serbuk penaik dan serbuk teh hijau. Kemudian masukkan berselang seli dengan yogurt sehingga tepung habis. Pukul adunan hingga sebati.

Tuangkan adunan kek ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah disapu dengan sedikit mentega.

Bakar pada suhu 180°C selama 35 minit hingga 40 minit atau sehingga kek masak sempurna. Sejukkan.

UNTUK AISING : Pukul ke semua bahan-bahan aising sehingga sebati. Sapu aising pada kek mengikut kreativiti anda.

sumber:MajalahSaji

Catat Ulasan

0 Ulasan