Keunikan Rasa Kopi Dalam Tin Di Kopitiam Lama Pontian

Keunikan Rasa Kopi Dalam Tin Di Kopitiam Lama Pontian
PONTIAN- Sebaris deretan kedai lama di Jalan Alsagoff, terdapat sebuah kopitiam berusia 80 tahun yang cukup terkenal dikunjungi pelbagai kaum untuk menikmati sarapan.


Menu yang cukup ringkas secawan kopi, telur rebus dan roti bakar sudah cukup memikat selera pengunjung yang tidak henti datang ke kopitiam sebaik sahaja mula dibuka seawal jam 7.00 pagi.

'Kopi kong' yang diisi di dalam tin menjadi tarikan Li Kopitiam yang bukan sahaja unik tetapi jarang dijumpai pada masa sekarang.



Kopi diisi dalam tin dipanggil kopi kong.

Tiada papan tanda nama kopitiam diletakkan di luar kedai menyebabkan pelbagai nama diberikan antaranya Li Kopitiam, Ah Kuang Kopitiam dan kopitiam lama.

Sewaktu melangkah masuk ke kopitiam, jelas kelihatan pelanggan dari pelbagai kaum memenuhi setiap ruang kopitiam.

Agak riuh suasananya, pengunjung baik yang tua, muda mahupun yang datang bersama keluarga.


Masyarakat berbilang kaum datang ke Li Kopitiam. (Gambar kecil, kopi jadi tarikan Li Kopitiam.)

Pelanggan, Muzairi Morad 39 berkata, setiap hari dia akan datang ke kopitiam untuk minum kopi dan bertemu rakan-rakan.

"Kopi di sini enak ditambah dengan roti bakar yang bakar atas arang membangkitkan selera pada waktu pagi.

"Pemilik kopitiam Uncle Ati sangat mesra dan baik. Dia layan pelanggan macam kawan sendiri," katanya.

Pelanggan Lim Hock Siang, 40 pula tertarik dengan konsep keharmonian pelbagai kaum yang duduk bersama di kopitiam menikmati sarapan.

"Konsep kopitiam di sini dapat memupuk perpaduan kaum.

"Selain itu makanan dan disajikan cukup enak terutama kopi," katanya.


sumber:Sinarharian

Catat Ulasan

0 Ulasan