[TERKINI]. Akhirnya, Timbalan Ketua Pengarah Bomba Hurai Apa Yang Mungkin Berlaku Kepada Acap
“2 Kemungkinan, TergeIincir Jatvh Curam Atau..” – Akhirnya, Timbalan Ketua Pengarah Bomba Hurai Apa Yang Mungkin Berlaku Kepada Acap.:
Terkini!
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak akan menghentikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang dilaporkan hilang pada 23 Mac lalu, selagi tidak menemukan m4ngsa.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM Datuk Soiman Jahid berkata pencarian dalam skala kecil diteruskan membabitkan radius satu kilometer (km) dari lokasi m4ngsa dilaporkan hilang.
“Berdasarkan pengalaman kita, terdapat dua kemungkinan berlaku terhadap Mohammad Ashraf sama ada tergelincir jattuh di kawasan curram sehingga berada di tempat tersembunyi atau tersesat sehingga mengalami masalah kesihatan serta tidak sedarkan diri,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Perasmian Pembukaan Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-29 di Bachok, hari ini.
Turut hadir Pengarah JBPM Kelantan Penolong Pesuruhjaya Bomba Md Salleh Sarbini.
Akhirnya Pihak Bomba Telah Mengesahkan Bau Busuk Yang Disyaki Acab Pada Mulanya, Tapi Ini Yang Mereka Temui
Bau busuk yang dikesan di kawasan Hutan Simpan Bukit Kinta dekat Gopeng hujung minggu lepas bukan milik manusia.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak, Mohamad Yunus Abu berkata maklumat mengenai bau busuk tersebut dan sekumpulan lalat diterima daripada Orang Asli tempatan pada Sabtu lepas.
Katanya lima pegawai kanan dan lima anggota pangkat-pangkat lain bomba bersama tiga anggota polis telah naik ke kawasan bau busuk tersebut yang terletak pada ketinggian 400 meter semalam dan hari ini.
“Kita dah sampai ke kawasan tersebut tapi setakat ini neg4atif (ma4yat manusia), mungkin bangkai binatang kerana kita temui bulu dan lalat, tiada tulang atau kulit yang boleh kaitkan dengan manusia,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai tular di media sosial yang mengaitkan bau busuk tersebut dengan kehilangan Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau Acap sejak 23 Mac lalu semasa menyertai Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019.
Dalam pada itu, Mohamad Yunus turut meminta pengamal perubatan tradisional atau pengamal perubatan Islam agar tidak membuat usaha mencari Mohammad Ashraf secara bersendirian.
Katanya sejak kehilangan Mohammad Ashraf, banyak pihak yang mendakwa sebagai pengamal perubatan tradisional atau pengamal perubatan Islam datang ke Gopeng untuk mencari mangsa.
“Lebih elok jika duduk bersama, berbincang, kita bergabung kerana matlamat kita sama iaitu untuk mencari Mohammad Ashraf.
Jangan buat usaha sendiri,” katanya sambil mempersoalkan adakah tindakan secara bersendirian itu kerana ganjaran atau nama.
Orang Ramai, NGO Perlu Ada Kelengkapan Pelindung Sertai SAR Acap
Gopeng : Orang awam atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan atau dikenali sebagai Acap yang hilang lebih seminggu lalu, perlu mempunyai kelengkapan pelindung peribadi (PPE) yang sesuai sebelum melakukan operasi pencarian.
Komander Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (Storm), Ismail Abdul Ghani berkata memakai kelengkapan yang sesuai adalah bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini selain kawasan pencarian yang agak berbukit dan licin.
“Kalau pakai peralatan yang tidak sesuai seperti selipar, ia akan menimbulkan masalah kepada mereka sendiri. Sebagai contoh mereka perlu memakai kasut yang sesuai, lampu suluh selain membawa sedikit bekalan makanan dan minuman.
“Selain itu, mereka juga perlu melaporkan kepada pos kawalan bomba sebelum melakukan operasi pencarian kerana kami tidak mahu ‘insiden selepas insiden’. Kami bukan mahu menolak ‘sumbangan’ daripada orang awam atau NGO tetapi kami mahu memastikan mereka ini masuk dan keluar dalam keadaan yang selamat.
“Di samping itu, kami juga boleh menyelaras pergerakan mereka dari segi keselamatan dan sekiranya perlu kami juga akan bantu mereka masuk ke dalam kawasan pencarian,” katanya pada sidang media di Pos Kawalan Bomba di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya mendapati petunjuk yang samar-samar tidak boleh dijadikan sebagai bukti kukuh.
Katanya, berdasarkan petunjuk diperolehi, pihaknya akan memberi fokus kepada ‘check point’ keenam sehingga ke kawasan kampung selepas terdapat bukti kehadiran mangsa di ‘check point’ berkenaan.
“Mangsa berkemungkinan telah melalui laluan yang salah kerana laluan trek aktiviti itu membabitkan tiga kategori iaitu 25 kilometer (km), 50 km dan 100 km dan ia satu kawasan yang agak luas.
”Mungkin mangsa mengalami kekejangan otot, diserang haiwan berbisa semasa mahu membuang air kecil atau ada ‘benda-benda’ yang menarik perhatian mangsa kerana hasil pemantauan mendapati laluan trek merupakan kawasan berpaya dan ada laluan yang agak mengelirukan,” katanya.
Mohammad Ashraf Hassan dari Muar, Johor bersama 485 peserta lelaki dan perempuan yang lain memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25 kilometer pagi Sabtu dan sepatutnya berakhir pada hari yang sama di lokasi sama.
Kehilangan mangsa disedari kawannya, Mohd Farid Md Kamal, 32, apabila mendapati Mohammad Ashraf masih tidak sampai selepas selesai perlumbaan sebelum membuat laporan polis kira-kira pukul 1.09 pagi, Ahad lepas.
— BERNAMA
Perkhemahan selama lima hari bermula hari ini membabitkan 704 orang kadet daripada 16 kontinjen dari seluruh negeri.
Mengulas lanjut, Soiman yakin m4ngsa masih berada di lokasi berdekatan tetapi lokasinya belum dikenal pasti.
Sama kes kehilangan tujuh kanak-kanak Orang Asli
Beliau berkata kehilangan Mohammad Ashraf berkemungkinan seperti kes kehilangan tujuh kanak-kanak Orang Asli di Pos Tohoi, Gua Musang empat tahun lalu apabila mangsa ditemukan dalam jarak 500 meter dari lokasi mereka hilang.
Dalam pada itu beliau memohon supaya semua pihak dapat mendoakan supaya operasi pencarian dipermudahkan dan mangsa segera ditemukan.
Sumber : Malaysia Kini
Selepas Hilang Selama Dua Minggu, Lelaki Ini Ditemui Sedang Merangkak Dalam Semak. Ibu Dedah Apa Yang Berlaku
Muhamad Anuar kemudian ditemui dalam keadaan merangkak dalam semak di tebing Sungai Terengganu di Kampung Losong Dato Amar, Kuala Terengganu, 8 Disember 2016.
Asiah berkata, anak sulungnya itu tidak memberitahu secara jelas mengapa dia enggan turun dari rumah tidak lama selepas ditemui sehingga kini.
“ Dia masih sihat dan berkelakuan seperti orang normal, cuma tak mahu pijak tanah,” katanya ketika ditemui Harian Metro di kediamannya Kampung Losong Lebai Salleh, hari ini.
Misteri kehilangan Muhamad Anuar terungkai apabila dia ditemui dalam keadaan merangkak dalam semak berhampiran pokok rengas di tebing Sungai Terengganu di Kampung Losong Dato Amar, hampir dua minggu selepas dilaporkan hilang ketika menjala udang di sungai berkenaan.
Lelaki itu ditemui rakan baiknya Hamdan Mat Daud, 38, selepas dia terdengar suara mangsa meminta tolong jam 7.40 malam pada 8 Disember 2016.
Muhamad Anuar berkata, sejak kejadian itu, dia mempunyai perasaan ingin bersendirian dan tidak mahu memijak tanah.
Terdengar suara memanggil namanya dan sebaik sampai di pokok cengal, kemudian nampak cahaya seperti kunang-kunang
“ Sukar nak terangkan, tapi saya berasa ingin berada dalam rumah saja, tak ingin berjumpa orang lain. Paling jauh pun saya duduk di tangga rumah untuk gunting rambut,” katanya.Ditanya mengenai kejadian misteri itu, Muhamad Anuar berkata, mulanya dia terdengar suara memanggil namanya dan sebaik sampai di pokok cengal itu, dia nampak cahaya seperti kunang-kunang.
“ Ketika hilang dulu, saya macam tak ingat apa-apa, cuma bila terdengar suara rakan memanggil nama barulah saya seperti tersedar.
“ Terkejut bila diberitahu saya hilang 13 hari sebab saya cuma rasa seperti sehari saja,” katanya.
Sementara itu, Hamdan berkata, kejadian yang menimpa Muhamad Anuar ada persamaan dengan kehilangan Mohamad Ashraf Hasan, 29, ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di kawasan Gua Tempurung, Gopeng, Perak, sejak lebih dua minggu lalu.
“ Cuma saya harap, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tidak berputus asa. Ketika mencari (Muhamad) Anuar dulu, ramai juga yang seperti putus asa, tapi saya tetap bersemangat dan yakin dia ditemui.
“ Mungkin berkat amalan membaca surah Al-Fatihah dan tiga ‘Qul’ yang diajarkan seorang tua di kampung ini, membawa kepada penemuan itu,” katanya.
Lihat video di bawah
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : hmetro
Kredit: rimbabara
0 Ulasan