Kesian Ayah ,Tak Jemu Tunggu Acap Pulang
Hati ibu bapa mana yang tidak sedih jika anak kandung mereka hilang dari pandangan bukan?
Namun, itu lah yang sedang dilalui kedua ibu bapa Mohamad Ashraf Hasan, 23 atau dikenali sebagai Acap yang hilang ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di Gua Tempurung, Perak, 23 Mac lalu.
Malah beberapa keping gambar memperlihatkan ayahnya sedang menunggu kepulangan Acap kini menjadi perbualan ramai kerana mengundang sebak.
Dari twitter
@MustaffaAlBakri
Penantian seorang ayah. Tak pernah jemu mencari anaknya ashraf (Acap) mangsa hilang di Gopeng… Semoga selamat di temui…
Ya Allah . Kau ketemukan lah anak pakcik ini. & kau permudahkanlah segala pncarian .
Gambar yang dimuat naik di Twitter itu sehingga kini telah menerima lebih 24,000 perkongsian. Kebanyakkan netizen dilihat mendoakan supaya Acap ditemui dalam keadaan selamat.
@nadila137: Mintak semua doakan jugak Cik Siti (mak Acap), dia tak berapa sihat skrg ni.
@azwanibtabdaziz : jauh pakcik merenung Allahu
@syafiahpiee_: acap balik la. mak ayah kau rindu kau tu
Untuk pengetahuan anda, Acap bersama 485 peserta lelaki dan perempuan lain memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25 kilometer sebelum kehilangannya disedari oleh rakannya meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas dalam pertandingan itu, 23 Mac lalu.
Sumber artikel : gempak.com
0 Ulasan