Isu Kelakuan Keluarga Normah Damanhuri Dan Kak KM, Ini Tindakan saudara mara Mereka Yang Tak Di Sangka
Penulisan dibawah dipetik dari FB Fais Al-Hajari.
Sebetulnya, org yg paling aku kesian dan risaukan bila isu wedding ala jahiliah tu meletup ialah mak aku.
Sudah tentulah, org pertama yg akan di”serang” ialah dia. Bertalu² msg masuk minta penjelasan. X kurang yg melahirkan simpati. X kurang juga yg perli dan maki, seolah² mak aku dan aku sekeluarga “redha” kemungkaran semalam tu berlaku.
Tak kurang juga org ingat Aripah Damanhuri dan Normah Damanhuri itu org yg sama. No! Bukan! They are different, literally and figuratively. Sebenarnya, kalau dikaji balik rentetan peristiwa semalam, A||ah mmg nak pelihara mak aku dan aku sekeluarga drpd bersubahat dgn benda jahanam tu.
Mak aku pada awalnya nak pergi awal ke rumah keluarga pengantin sbb sedara mara semua dah berkumpul, tapi ubah rancangan last minute nak ikut aku je. Aku pulak ada patient pagi tu, habisnya jam 12 lebih jugak.Kami bertolak ke lokasi kenduri pun dah 1 lebih. Lewat. Sampai lokasi jam 1.30 ptg. Bila dah lambat, maka kami duduk belakang² je la, dekat dgn pintu masuk dewan. Pengantinnya nunnn di depan.
Mak aku sebetulnya diminta join makan beradab, tapi terpaksa bangun awal sbb nak lawat anak buah kakak aku yg masuk hospital. Memandangkan kami kat belakang, maka mudahlah kami nak gerak balik.
Kami pun bergerak keluar dewan lebih kurang jam 2.30 mcm tu. Tiba² masa mak aku tunggu aku bawa kereta jemput dia n isteri² aku, dah kedengaran havok dlm dewan. Rupanya “persembahan” dah bermula. Kami pun cepat² blah.
A||ah mmg pelihara kami. Apa akan jadi jika kami sampai lebih awal, dan duduk di bahagian depan?Apa akan jadi jika kami x perlu ke hospital dan lepas tu duduk lebih lama di situ sampai berlangsungnya “persembahan” tu? Apa akan jd jika mak aku x bangun awal dr meja makan beradab, lalu terakamlah wajah mak aku ketika tarian jijik tu berlangsung?
Bila aku kenang balik, sesungguhnya A||ah nak pelihara kami. A||ah pelihara mak aku drpd aib.
Mak aku mmg sakit kepala sgt. X sepatutnya begitu. Dia membesarkan kami adik beradik seorang diri sejak 30 tahun lepas. Bapak aku meninggal dunia tahun 1989. Sejak itulah dia struggle membesarkan kami adik beradik di samping bekerjaya sebagai pelakon drama. Bukan sikit pengorbanan yg dia buat.
Alhamdulillah, A||ah angkat darjat dia. A||ah izinkan semua menantunya jenis menutup aurat dan tidak “over”. A||ah izinkan satu²nya anak perempuan dia menjadi “gadis pingitan” yang orang tak tahu pun wujud. Org setaman boleh xtau mak aku ada anak dara, punya la kakak aku bukan jenis sosial. A||ah izinkan mak aku berkawan dan mengikuti kuliah² ugama terutamanya kuliah Ustzh Norhafizah Musa. In one sense, dia seorg ibu yg hebat dan x pernah ajar anak² dia tenggelam dlm dunia glamour selaku “keluarga artis”.
Aku bersyukur A||ah kurniakan Aripah Damanhuri ini sebagai ibuku. Dan x sepatutnya dia pening kerana perbuatan org lain. Dia berjaya didik anak² dia menjadi insan yg baik insya A||ah. Kini aku pula mengambil inspirasi itu utk mendidik keluarga aku menjadi keluarga yg mawaddah.
Perkongsian anak saudara Normah Damanhuri yang juga sepupu Kak KM ini sememangnya telah diduga apabila KM Rosli serta adiknya telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka percaya tukang kcam di media sosial ini mereka yang dekat dengan keluarga.
Ahya yang juga penganting lelaki berkata, dia sudah lali dengan kritikan ntizen. Malah, isu terbabit bukanlah suatu masalah besar buatnya.
“Bagi saya, perkara itu bukanlah isu besar. Ntizen suka memperbesarkan apa saja perkara selagi boleh. Jika anda lihat, kebanyakan yang memberi komen menggunakan akaun palsu. Mungkin mereka adalah orang yang dekat dengan kita,” katanya.
Sejurus vide0 tersebut menjadi tu|ar, ramai ntizen mengcam tindakan keluarga Normah Damanhuri. Bengang menjadi bahan di media sosial, keluarga ini juga sempat menghamn netzn yang mengji mereka.
Namun begitu, perkongsian Fais Al-Hajari yang tidak mahu dikaitkan dengan imej keluarga Normah mendapat pujian ramai.
Sumber: LubokViral
“Jangan sampai aku buka A I B keluarga kau…” – ‘Kak KM’ M E N G A M U K, kena K E C A M dengan sepupu sendiri!
Masih lagi hangat diperkatakan mengenai isu majlis perkahwinan anak dramatis Normah Damanhuri, terdahulu seorang tetamu yang dipercayai mempunyai ikatan persaudaraan, telah meluahkan rasa kesal terhadap majlis tersebut.
Tidak senang dengan kenyataan yang dibuat oleh lelaki yang dipercayai anak saudara kepada dramatis berkenaan, anak perempuannya yang mesra disapa sebagai kak KM telah meluahkan rasa tidak puas hati di IG.
Jangan sampai aku buka aib keluarga kau!
Menerusi IG story Kak KM, dia yang berang dengan kenyataan sepupunya di Facebook, yang disifatkan sebagai berlagak alim telah membuatkan usahawan jamu itu sangat marah.
Malah dalam video tersebut, kak KM sempat memberi amaran kepada sepupunya supaya jangan terus mencucuk api kemarahan jika tidak mahu keluarganya pula di aibkan.
Depan boleh la senyum2
Terbaru, satu permohonan maaf secara terbuka telah dibuat dramatis Normah Damanhuri di akaun Instagram miliknya, yang nyata kesal dengan kejadian yang berlaku.
Walaubagaimanapun, diharapkan kedua-dua pihak menyelesaikan perkara ini dengan baik tanpa perlu mengaibkan keluarga masing-masing memandang mereka ada pertalian darah.
Sumber: Liana Rosli
0 Ulasan