Fathia Latiff Tidak Lagi Bertudung,Imej Terbaru Nampak Macam....

Fathia Latiff Tidak Lagi Bertudung,Imej Terbaru Nampak Macam....

Sejak tahun lalu, beberapa selebriti wanita yang bertudung telah mengejutkan industri dimana mereka kini tampil dengan imej baharu memperlihatkan mereka tidak lagi berhijab.
Setelah sekian lama kita tak dengar cerita pasal pelakon wanita yang pernah mencetuskan kontroversi tak lama dulu, tiba-tiba semalam Fathia Latiff buat kejutan besar buat peminat dan netizen ramai.
Menerusi akaun Instagram, Fathia telah memuat naik gambarnya berambut pendek dan tidak lagi bertudung. Kapsyen gambar tersebut bertulis,

“The star is still bright even in the dark”

Terbaharu,pelakon Fathia Latiff sekali mencetuskan kontroversi apabila dia dilihat telah memuat naik gambarnya yang terkini di laman Instagram tanpa memakai sebarang tudung. Malah imej nya itu turut disamakan seperti seorang perempuan menyerupai lelaki (pengkid).
Terdahulu, terdapat beberapa pendedahan gambar seorang wanita yang tidak bertudung seiras Fathia tersebar luas namun pelakon ini enggan memberi sebarang komen.

TINGGAL 3 GAMBAR SAHAJA DALAM INSTAGRAM

Lebih mengejutkan, Fathia bukan sahaja memuat naik gambarnya tanpa bertudung malah kesemua gambarnya terdahulu termasuk mempromosikan pakaian muslimah miliknya turut dipadam.
Dalam pada itu, Fathia turut memuatnaik lagi dua gambar yang seolah-olah memberi petunjuk bahawa dia kini seolah-olah mempunyai masalah dimana salah satunya tertera status “Percaturan Tuhan”.

Hanya Gimik?

Rata-rata peminat membanjiri ruangan komen Instagram pelakon itu dimana mereka mengandaikan bahawa Fathia kini berada dalam keadaan tertekan selain terdapat segelintir yang cuba mengecam tindakannnya.
Komen-komen tersebut ternyata mencetuskan perbalahan sesama mereka yang kini masih berteka-teki mengenai keadaan terkini Fathia kerana terdapat sebuah video muzik turut dimuatnaik sekaligus terdapat andaian bahawa ianya gimik semata.
Biarpun begitu, ramai peminat termasuk rakan artis mendoakan agar Fathia terus tabah dan kembali berhijab.
Sumber : Hangat / Lobak Merah

Catat Ulasan

0 Ulasan