Sesuatu Yang Mengejutkan Berlaku Bila Ayam KFC Di Rendam Dalam Air Zam Zam
DARIPADA Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik air di permukaan bumi ialah air zam-zam, padanya terdapat makanan yang menyegarkan dan padanya terdapat penawar bagi penyakit.” Kehadiran air zam-zam adalah lambang kekuasaan Allah SWT melalui peristiwa Nabi Ismail a.s dan ibunya Siti Hajar.
Video Penuh Berada Di Bawah Artikel (Ini hanyalah sekadar ujikaji secara rawak & tidak dibayar oleh mana-mana pihak)
Justeru, tidak hairanlah umat Islam diseru untuk meminum sebanyak mungkin air tersebut apabila berada di Tanah Suci. Mereka juga disunatkan membawa pulang ke tanah air masing-masing.
Rasulullah SAW merupakan orang pertama membawa air itu keluar dari kota Mekah, iaitu untuk ke Madinah. Bagi memastikan keaslian dan memudahkan umat Islam mendapat air tersebut, kerajaan Arab Saudi melaksanakan Projek Air Zam-Zam Raja Abdullah Ibn Abdul Aziz.
Keistimewaan air zam-zam
Melalui sabda Rasulullah SAW dan penjelasan ulama, air zam-zam memiliki keberkatannya, antara dalil-dalil berhubung perkara itu ialah:
“Daripada Jabir dan Ibnu ‘Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda,” Air zam-zam tergantung niat orang yang meminumnya.”
Ibnu Taimiyyah berkata, “Seseorang disunatkan untuk meminum air zam-zam sampai benar-benar kenyang, dan berdoa ketika meminumnya dengan doa-doa yang dikehendakinya. Tidak disunatkan mandi dengannya (menggunakan air zam-zam)
Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. Rasulullah SAW bersabda : “Air zam-zam sesuai dengan niat ketika meminumnya. Bila engkau meminumnya untuk ubat, semoga Allah menyembuhkanmu. Bila engkau meminumnya untuk menghilangkan dahaga, semoga Allah menghilangkannya. Air zam-zam adalah galian Jibril a.s. dan curahan minuman daripada Allah kepada Ismail a.s.”
Ibnu Abbas r.a berkata :
Ibnu Abbas r.a berkata :
“Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda,” Kami menyebut air zam-zam dengan syuba’ah (yang mengenyangkan). Dan kami juga mendapatkan, air zam-zam adalah sebaik-baik pertolongan (keperluan atas kemiskinan).”
MEREKA BUAT UJIAN MELETAKKAN AYAM Kentucky KFC DI DALAM AIR ZAM ZAM DAN AIR MINERAL
Mereka membuat 1 ujian dimana 2 cebisan ayam dari KFC diletakkan ke dalam air zam zam dan air mineral dan dibiarkan selama 4 hari di luar rumah.
Tujuan mereka membuat ujian ini adalah untuk membuktikan kehebatan air zam zam. Dengan ujian ini mereka akan membuat penilaian dari segi tekstur ayam selepas dibiarkan selama 4 hari.
SELEPAS 4 HARI
2 cebisan ayam tersebut diletakkan didalam kotak terbuka dan disaat kotak itu dibuka selepas 4 hari, keluar satu bau yang amat busuk.
Ketika membuat pembandingan mereka dapati tesktur ayam diletakkan di dalam air zam zam lebih sempurna dan ayam itu masih lembut dan terapung manakala yang diletakkan di dalam air mineral ayam tersebut menjadi keras dan cebisan ayam tersebut tenggelam di dalam cawan.
Subhanallah, ini lah kekuasaan Allah SWT. Samada mereka mencuba makan atau tidak ayam tersebut, admin rasa tak la mereka makan.
0 Ulasan