Sejukkan Tekak Dengan Cendol Tutty Fruity Di Langgar,Kedah
sumber:Mstar
MENIKMATI cendol
sebagai menu minum petang terutama pada musim panas sememangnya sangat
menyegarkan dan kebiasaannya ia lebih istimewa apabila ditambah pulut.
Berbeza
dengan seorang peniaga, Mohd Fazli Abu Bakar, 28, beliau menyajikan cendol
dengan pelbagai buah atau lebih popular di kalangan pelanggannya sebagai cendol
'tutty fruity'.
Menurutnya,
cendol buah istimewa yang dijual di gerainya di Langgar, Kedah, menggunakan
beberapa jenis buah-buahan seperti pisang, mangga, strawberi serta laici.
Tu dia... enak sungguh cendol
ni.
"Saya
juga menggunakan santan kelapa sawit untuk menambah kelainan rasa, ia lebih
lemak manis dan mengurangkan rasa muak.
"Pelanggan boleh memilih
sama ada mahu tambah pulut atau tidak, selain itu saya tambah juga kekacang dan
jagung bagi menambah lebih perisa pada cendol tutty fruity ini," katanya
kepada Bernamadi
Alor Setar, baru-baru ini.
Mohd
Fazli berkata, sejak memperkenalkan cendol tutty fruity lebih setahun lalu, ia
mendapat sambutan menggalakkan dan terjual lebih 200 mangkuk setiap hari.
"Pada
musim panas ni permintaan bertambah dan saya memang tak menang tangan nak layan
pelanggan, bekalan buah pun saya perlu tambah.
"Kalau
hari biasa buah mangga diperlukan kira-kira 15 kilogram, pisang setandan, tapi
musim ni lebih lagi saya kena cari," katanya yang berniaga cendol sejak
tiga tahun lepas.
Mohd Fazli berkata, biasanya
beliau mendapat maklum balas positif daripada pelanggannya dan ada yang sanggup
datang dari jauh untuk menikmati cendolnya yang dijual pada harga RM2 hingga
RM7 semangkuk.
"Ada
pilihan cendol biasa, cendol pulut dan cendol tutty fruity. Ada juga pelanggan
minta saya buat cendol durian, tapi saya tak buat sebab itu dah banyak orang
buat, saya nak berlainan dari orang," katanya.
Mohd
Fazli berkata selain cendol, beliau juga menyediakan menu bihun sup utara
istimewa di gerai yang diusahakan bersama adik beradiknya itu.
0 Ulasan