Nampak Macam Biasa,Siapa Sangka Menunya Taraf Hotel 5 Bintang
Berapa ramai dari kita yang sering menilai luaran sesuatu kedai makan berdasarkan penampilan kedai tersebut tanpa mengambil kira cara penyediaan dan kualiti makanan yang disajikan?
Sudah pastinya perkongsian dari saudara Naufal ini pasti akan membuka mata anda untuk memilih tempat makan selepas ini. Mari baca perkongsian dari beliau yang tidak menyangka situasi yang tidak disangkakan itu.
Dari luar nampak macam warung biasa
Bila dah pilih tempat duduk, pekerja hulur buku menu. Kitorang belek-belek. Agak special jugalah menu yg ditawarkan sebab kat Muar ni, balik-balik orang tetap akan cari nasi goreng kampung takpun nasi goreng ayam. Korang tengoklah menu dia sendiri pic.twitter.com/cGJJAAA9OD
“Pinggan punya besar macam ala-ala topi Neelofa”
Menu pertama yg sampai adalah daging salai masak lemak cili api. Aku garu kepala sekejap. Ini warung ke hotel. Pinggan dia punya besar ala-ala topi Neelofa pakai waktu bercuti dulu. Aku order sekali dengan sepinggan nasi putih yg disertakan sekali keropok ikan, few condiments pic.twitter.com/XzMnrPAaf5
Pic ni aku ambil sendiri pakai phone. Bukan cedok dari mana-mana. Aku excited sebab presentation dia bagi aku sangatlah menarik. Warung kot. Dinding pun takde, aircond apatah lagi tapi memang kedai ni faham maksud biar dalam pinggan yg berbaloi, bukan kedai cantik semata pic.twitter.com/eSTzlPTOnE
Terpukau dengan presentation setiap sajian yang dihidangkan
Ayah aku order Nasi Goreng Serumpun Bonda ni. Kira signature dish lah. Bila sampai je atas meja, abah pandang aku, aku pandang mak, mak pandang abah. Kitorang terpukau. Gila-gila punya terpukau dgn presentation atas pinggan ni. Kau tengoklah sendiri apa yg ada pic.twitter.com/xNXR6k8xG2
Mak aku teringin nak makan lasagne, kebetulan kedai ni ada lasagne tapi ada twist sikit bila lasagne dia disumbat dgn beef rendang. Ada juga dua keping roti bersama dgn lasagne ni. Mak aku jenis cerewet so kalau rendang dia fail, mak aku akan tarik muka. Confirm punya pic.twitter.com/pQRCEr1rHx
Unik sebab hidang Tauhu Sumbat dengan kuah kacang
Okaylah kita tambah sekali tauhu sumbat ni sebab dalam menu tulia makan dengan sambal kacang. Kebiasaannya tauhu ni kita cecah dgn sambal cili or sos je. So bagi aku, uniklah or maybe biasa kat tempat lain pic.twitter.com/tjnkT0AoUf
Daging salai cili api ni, takdelah pedas melampau sangat. Tapi aku suka sbb, macam kuah sangatlah berkrim, berlemak. First time hirup, feeling dia macam kau makam sepinggan makanan eksklusif. Aku mula nampak masak lemak cili api to another level. Mantap! pic.twitter.com/D9UE19ZIMZ
Udang fresh. Isi tebal dan manis
The nasi goreng is too good to be true ! Ayah aku kurang makan udang & sotong so akulah yg dapat hehe. Udang dia maaih fresh ya. Isi tebal dan manis. Walaupun cuma ada dua ekor udang, tapi puas sbb kau dapat rasa segar udang. Lagipun kedai ni dekat dgn area ikan bakar muar pic.twitter.com/1BhA6HZlJ7
Lasagne pulak, personally aku kurang minat sebab muak. We all know yg layers of lasagne tu sendiri sedikit muak, disumbat dgn rendang daging yg sedikit manis, so jadi muaklah. Tapi mak aku puji rendang dia ada rasa. Bolehlah org cakap pic.twitter.com/VB3ddTEWzy
Sempoi kalau nak buat “port lepak”
Total semua sekalo dgn air cuma RM 56. Bagi aku sangatlah berbaloi. Menyesal pulak tak try grill percik dia or lamb rack, lamb shank. Mungkin dappp gak. Aku puji presentation dan rasa. Memang sepadan. Harga berpatutan dan sempoi je kedai ni buat lepak-lepak pic.twitter.com/3gxyq2HGT2
“Inilah maksud sebenar luar nampak macam warung, atas pinggan taraf 5 Star hotel”
Bagi aku, inilah dia definisi kedai luar warung, atas pinggan taraf hotel. Oh lupa. Kuah sambal kacang tauhu sambal tu pedas manis. Kacang tu bagi tekstur pd kuah dan memang ngam teruk. Tak rugi cuba. Jalan-jalan sini, jangan lupa singgah tau. Alhamdulillah kenyang pic.twitter.com/p2RKaTZPdd
Sumber: Naufal Antezem dan Siakap Keli
0 Ulasan