Nasi Dagang Popular Di Kampong Atas Tol

Nasi Dagang Popular Di Kampong Atas Tol
SEAWAL pukul 7 pagi, Muhamad Rasi Kori, 37, akan memandu keretanya menuju ke Kampung Atas Tol yang terletak kira-kira 10 kilometer dari pusat bandar Kuala Terengganu, Terengganu.
Hajatnya hanya satu iaitu ingin menikmati keenakan hidangan nasi dagang yang dijual di sebuah gerai tepi jalan di kampung itu yang dikenali sebagai Kak Ros Nasi Dagang.
"Jika ada kelapangan, saya akan memandu ke sini semata-mata untuk menikmati nasi dagang.
"Walaupun banyak kedai makan yang menyediakan hidangan nasi dagang yang enak, nasi dagang yang disediakan di sini sangat berbeza," katanya ketika ditemui.
Muhamad Rasi yang merupakan pekerja swasta dan berasal dari Kuala Terengganu memberitahu, dia kerap berkunjung ke gerai itu selepas ia tular di laman sosial Facebook sejak tiga tahun lalu.
Faktor itu jugalah yang turut menarik minat Razrol Shah Abdul Rahim, 33, untuk turut berkunjung ke gerai berkenaan bagi mencuba hidangan nasi dagang.

NASI dagang (kiri) dan pulut kuning (kanan) yang dihidang bersama gulai ikan tongkol sesuai untuk sarapan pagi.


Katanya, dia sanggup beratur lebih setengah jam semata-mata mahu menikmati hidangan itu.
Lazimnya, dia datang ke gerai tersebut bersama isteri. Jika bernasib baik, mereka akan terus mendapat meja tanpa perlu menunggu lama.
"Cuma, kadangkala jika barisan yang ada tidak terlalu panjang, saya boleh mendapatkan hidangan yang diingini tanpa perlu berdiri lama," katanya yang juga bertugas dalam sektor swasta.
Fenomena yang dicetuskan oleh gerai nasi dagang itu agak luar biasa. Seawal pukul 6.30 pagi, gerai Kak Ros Nasi Dagang sudah dipenuhi pelanggan yang beratur di depan gerai itu.
Kehadiran pelanggan dalam jumlah yang begitu ramai pada satu-satu masa itu juga membuatkan keadaan jalan raya menjadi sesak akibat kenderaan diletakkan di bahu jalan.
Dari kejauhan, keadaan itu kelihatan seakan-akan terdapat majlis keramaian yang sedang berlangsung, sekali gus menyebabkan pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut terpaksa memperlahankan kenderaan masing-masing.
Menceritakan fenomena itu, pemilik gerai tersebut, Rohana Yusof, 43, atau lebih dikenali sebagai Kak Ros berkata, sambutan luar biasa yang diterima membuatkan dia tidak menang tangan.
Tidak menang tangan

Baca setrusnya:


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0710&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz4mNVuSJ14 
Hakcipta terpelihara 

Catat Ulasan

0 Ulasan