Kecoh..Tiada Cincin Kahwin Di Jari Meghan Markle

Kecoh..Tiada Cincin Kahwin Di Jari Meghan Markle

Kecoh sekejap bila media terlihat jari manis Meghan Markle tidak disarung dengan cincin perkahwinan beliau.

 Mulalah timbul ura-ura mengatakan rumah tangga Meghan dan Putera Harry berkecai. Biasalah ‘mak cik bawang’ suka sangat judge orang tanpa ketahui perkara sebenar. 

Isnin lalu Meghan dan Putera Harry menghadiri satu majlis rasmi di Kota London, beliau dan suami seperti biasa kelihatan bergaya dan bersahaja. 

Si manis Meghan pula kemas dengan memilih gaun kot labuh berwarna hijau zamrud. Beliau ringkas dengan hanya rambut bersanggul dan menjijit beg tangan clutch

Foto – WireImage


Namun di jari manis hilang cincin gah yang dibuat sendiri oleh Putera Harry? 
Pada keesokan harinya juga media masih lagi menjaja gambar Meghan Markle tanpa cincin perkahwinan. 

Foto – WireImage


Sebenarnya bukan sengaja Meghan untuk tidak memakai cincin tapi rupanya beliau juga mengalami bengkak jari kaki dan tangan seperti ibu mengandung yang lain. Jadi tidak ada salah pun Meghan untuk ‘berehat’ sebentar dari menyarung cincin.

Malah Kate Middleton juga pernah terlihat tanpa cincin perkahwinan ketika sarat mengandung Putera Louis. 

Ibu yang mengalami bengkak pada jari dan pergelangan tangan atau kaki adalah suatu perkara yang normal. Ini adalah simptom orang mengandung dan bagi mereka yang rendah potassium dan tinggi natrium lebih mudah terkena bengkak bengkak. 


Foto – Google


Namun jika dibiar tetap pakai cincin atau kasut yang ketat boleh meninggalkan kesan bengkak kemudian luka. Bahaya kan? 

Jadi apa yang kita boleh pelajari ialah kalau dah cincin atau kasut ketat tak usahlah pakai lagi. Boleh dapat penyakit sahaja. Meghan pun boleh rilek sahaja orang kata rumah tangga goyah padahal tak nak jari sakit pakai cincin bila jari tengah membengkak. 

Catat Ulasan

0 Ulasan