Cecair Untuk Kekal Abadi Di Temui Di China

Cecair Untuk Kekal Abadi Di Temui Di China

LUOYANG, China - 'Eliksir untuk hidup kekal abadi' yang terkenal dalam kisah legenda Cina didakwa telah ditemui di dalam sebuah makam berusia kira-kira 2,000 tahun di wilayah Henan, China baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail.

Cecair ajaib dalam bekas gangsa itu menjadi buruan golongan kaya dan berkuasa di China sejak beribu-ribu tahun dengan harapan mereka mampu hidup selama-lamanya.


Bekas misteri yang mengandungi 3.5 liter cecair eliksir itu ditemui dalam makam satu keluarga bangsawan dari zaman Dinasti Han Barat antara tahun 202 sebelum Masihi dan tahun kelapan Masihi dekat bandar Luoyang.

“Ini adalah kali pertama ‘ubat hidup kekal abadi’ dalam mitos telah ditemui di China,” kata Ketua Institut Barangan Purba Kebudayaan dan Arkeologi di Luoyang, Shi Jiazhen.

Ujian makmal mendedahkan sebahagian besar daripada cecair itu adalah potasium nitrat dan alunit iaitu bahan tidak beracun tetapi kerap digunakan dalam racun serangga, baja dan peledak roket.

sumber:Daily Mail.

Catat Ulasan

0 Ulasan