Ayoh..Makan Di Sini...Amal jariah Ustaz Tido kepada penduduk miskin di Mersing

Amal jariah Ustaz Tido kepada penduduk miskin di Mersing

MERSING - Dua menu utama iaitu ikan bakar dan asam pedas menjadi taruhan seorang pengusaha kedai makan di Kampung Seri Lalang di sini.
Meskipun baru dibuka selama empat bulan, Restoran Asam Pedas dan Ikan Bakar 4 Bulan Ustaz Tido itu kini tidak asing bagi penduduk Mersing.
Pemilik restoran terbabit, Mohamad Khailil Razak berkata, meskipun hanya menampilkan dua menu utama namun kedua-dua menu ditampilkan mempunyai keistimewaan sendiri.
Katanya, rasa asam pedas dimasak di restorannya tidak mungkin dapat dinikmati di mana-mana tempat bahkan hanya boleh didapati di Mersing.
Sementara ikan bakar disajikan pula menawarkan aroma asli ikan segar dibakar menggunakan arang yang boleh dinikmati pelanggan seawal jam 11.30 pagi.
Dia yang dikenali dengan panggilan Ustaz Tido berkata, restorannya dibuka setiap hari kecuali Rabu sehingga jam 10.30 malam.
Dibesarkan dalam sebuah keluarga yang susah, bagi Mohamad Khailil rezeki yang diperoleh hari ini sebolehnya mahu digunakan untuk membantu dan berkongsi dengan mereka yang memerlukan.
Jelasnya, sebagai seorang anak nelayan dia memahami kehidupan sebagai orang susah kerana pernah melaluinya satu masa dahulu.
Laporan Mojo Sinar Harian Kota Tinggi/Mersing: Masturah Suradi

Catat Ulasan

0 Ulasan